Sikap guru-guru sekolah menengah terhadap pusat sumber sekolah di daerah Muar, Johor/

kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap guru-guru sekolah menengah terhadap pusat sumber sekolah berdasarkan faktor jantina, kumpulan atau kategori, kedudukan sekolah, kursus dalam perkhidmatan dan lama mengajar. Kajian ini melibatkan 360 orang guru dari 27 buah sekolah menengah di Daerah Muar, Jo...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 314994 Sapon Ibrahim
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap guru-guru sekolah menengah terhadap pusat sumber sekolah berdasarkan faktor jantina, kumpulan atau kategori, kedudukan sekolah, kursus dalam perkhidmatan dan lama mengajar. Kajian ini melibatkan 360 orang guru dari 27 buah sekolah menengah di Daerah Muar, Johor. Satau set instrumen yang berupa borang kaji selidik yang mengandungi 22 item, 11 item daripada sikap guru terhadap media bercetak dan 11 item juga daripada sikap guru terhadap media bukan cetak telah digunakan untuk mengukur sikap guru-guru terhadap pusat sumber sekolah. Kajian ini mendapati bahawa sikap guru-guru terhadap pusat sumber sekolah adalah setakat sederhana positif. seterusnya hasil ujian t pada aras keertian .05 menunjukkan bahawa terdapat perbezaab sikap yang signifikan di antara guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah diluar bandar dengan guru-guru yang mengajar sekolah-sekolah dibandar dimana sikap guru-guru yang mengajar di luar bandar dengan guru-guru yang mengajar di luar bandar lebih psosiositif berbanding dengan sikap guru-guru yang mengajar di bandar terhadap media bukan cetak dan pusat sumber sekolah. Kajian ini tidakmendapati adanya perbezaan secara signifikan di antara sikap guru-guru lelaki dengan guru-guru perempuan, guru-guru siswazah dengan guru-guru bukan siswazah, guru-guru yang pernah berkursus dengan guru-guru yang tidak pernah mengikuti kursus terhadap pusat sumber, media bercetak dan media bukan cetak. Hasil kajian juga mendapati adanya hubungan positif yang lemah antara pengalaman pengajar dengan sikap guru-guru terhadap pusat sumber dan antara penilaian guru dengan sikap guru terhadap pusat sumber sekolah.