सारांश: | Kompleks Pasir Gudang terletak kira-kira 32 kilometer dari bandar Johor Bahru dan bersebelahan dengan Pelabuhan Johor. Keseluruhan Kompleks Pasir Gudang telah dirancang untuk menjadi satu titik perkembangan bagi Negeri Johor. Ia mengandungi tapak-tapak bagi pembangunan indsutri, zon perdagangan bebas, perumahan, perdagangan serta pelabuhan. Pembangunan di kawasan ini dibuat berperingkat-peringkat mengikut rancangan-rancangan Malaysia pada ketika itu. Pasir Gudang juga telah dirancang untuk menjadi sebuah pusat komersial sub-regional. Dalam penulisan ini, penulis akan menerangkan perkembangan sektor industri, Pelabuhan Johor dan aktiviti-aktiviti komersial yang kini terdapat dan akan dirancangkan di Pasir Gudang. Didalam penerangan mengenai aktiviti komersial, penulis akan cuba menentukan 'possible catchment area' untuk aktiviti-aktiviti perniagaan di Pusat Bandar. Rumusan dibuat ke atas perkaitan perkembangan sektor industri dan Pelabuhan Johor dengan aktiviti-aktiviti komersial Pasir Gudang; iaitu untuk melihat sejauhmana pembangunan aktiviti-aktiviti industri dan pelabuhan dapat menarik penduduk untuk berhijrah ke Pasir Gudang dan pada masa yang sama memberikan sokongan terhadap kemajuan Pembangunan Pusat Bandar Peringkat Satu, terutama Bangunan Pasar.
|