Penyusunan semula industri kecil berasaskan kayu : kajian kes : Mukim Bakri, Parit Bakar dan Mukim Bandar Daerah Muar/

Industri kecil berasaskan kayu merupakan salah satu aktiviti industri yang telah dikenalpasti bagi tujuan penyusunan semula dan pengelompokkan dalam Rancangan Malaysia ke 6 dan Pelan Induk Perindustrian. Penyusunan semula industri kecil berasaskan kayu adalah disebabkan terdapatinya lebih dari 3000...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ravi a/l Govindarajoo
Format:
Subjects:
Description
Summary:Industri kecil berasaskan kayu merupakan salah satu aktiviti industri yang telah dikenalpasti bagi tujuan penyusunan semula dan pengelompokkan dalam Rancangan Malaysia ke 6 dan Pelan Induk Perindustrian. Penyusunan semula industri kecil berasaskan kayu adalah disebabkan terdapatinya lebih dari 3000 industri jenis ini di Malaysia. Perletakan industri kecil berasaskan kayu ini adalah secara tidak terancang dan bertaburan. Kawasan kajian Mukim Bakri, Mukim Parit bakar dan Mukim Bandar merupakan penumpuan utama aktiviti industri kecil berasaskan kayu di Daerah Muar. perletakan industri kecil berasaskan kayu adalah secara tidak terancang dan menimbulkan masalah pencemaran dan percanggahan gunatanah. keadaan ini disebabkan tiadanya tindakan untuk mengenalpasti lokasi kawasan yang sesuai dan tiadanya perancangan yang khusus untuk industri-industri ini. Langkah untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi tujuan penyusunan semula industri kecil, berasaskan kayu. Berdasarkan kepada analisa faktor-faktor yang mempengaruhi lokasi ini, terdapat enam faktor utama yang telah dikenalpasti. Dengan menggunakan teknik analisa potensi permukaan, beberapa lokasi yang sesuai untuk penyusunan semula industri kecil berasaskan kayu telah dikenal pasti. Bagi tujuan menentukan lokasi kawasan yang paling berpotensi penkaji mengambilkira cadangan had pembangunan yang dikemukakan dalam polisi rancangan struktur Johor bahru barat bagi kawasan majlis daerah Muar Selatan dan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Muar.