Pengurusan risiko dalam projek pembinaan /
Dissertasi ini adalah penyelidikan mengenai pengurusan risiko dalam industri pembinaan. Walaupun istilah pengurusan risiko ini masih jarang diketahui oleh pihak-pihak yang terlibat dalam industri ini tetapi secara tidak sedari, ianya telah pun dipraktiskan pengurusan projek pembinaan. Namun begitu,...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia,
1992
|
Subjects: |
Summary: | Dissertasi ini adalah penyelidikan mengenai pengurusan risiko dalam industri pembinaan. Walaupun istilah pengurusan risiko ini masih jarang diketahui oleh pihak-pihak yang terlibat dalam industri ini tetapi secara tidak sedari, ianya telah pun dipraktiskan pengurusan projek pembinaan. Namun begitu, risiko-risiko yang wujud dalam projek pembinaan masih tidak dapat diuruskan dengan berkesan dan oleh sebab itu terdapat banyak kes di mana projek terbengkalai, matlamat masa penyiapan, kos dan mutu kerja tidak dapat dicapai. Maka satu pendekatan pengurusan risiko yang melibatkan tiga proses : pengenalpastian risiko penganalisaan risiko dan pemilihan reaksi terhadap risiko telah dicadangkan dalam kajian ini. Satu garispanduan pengurusan risiko telah disyorkan dari hasil kajian ini bagi tujuan mengurang dan mengawal risiko-risiko yang wujud dalam kerja pembinaan bangunan dan kejuruteraan supaya kerugian kos bagi pihak-pihak yang terlibat dalam projek dapat dielakkan. Risiko-risiko ini perlu dikenalpastikan pada peringkat awal sesuatu projek dan seterusnya dianalisakan bagi mengenali sifat-sifat risiko itu dari segi kebarangkalian dan ketenatannya sebelum dipertimbangkan dalam pemilihan kaedah reaksi terhadap risiko ini. |
---|