Ujian beban titik dan hentaman ke atas papak konkrit nipis /
Lantai konkrit tetulang dengan ketebalan antara 100mm hingga 150mm dan lantai kayu sudah pun lama diterima oleh orang ramai akan keselamatan dan kekuatannya sebagai lantai rumah kediaman. Tetapi bagaimana pula dengan lantai konkrit nipis yang kurang dari 50mm tebalnya?Dalam projek ini, beberapa mas...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Subjects: |
Summary: | Lantai konkrit tetulang dengan ketebalan antara 100mm hingga 150mm dan lantai kayu sudah pun lama diterima oleh orang ramai akan keselamatan dan kekuatannya sebagai lantai rumah kediaman. Tetapi bagaimana pula dengan lantai konkrit nipis yang kurang dari 50mm tebalnya?Dalam projek ini, beberapa masalah berkaitan dengan soalan di atas dikaji. Ujian beban titik statik dan beban hentaman dijalankan ke atas panel-panel konkrit nipis yang membentuk rasuk separa rencam T dengan gelegar kayu. Perbandingan kekuatan antara panel-panel konkrit dan panel papan lapis setebal 22mm dibuat dengan berdasarkan keputusan ujian makmal.Dalam menganalisis beban tumpu muktamad panel konkrit, teori garis alah digunakan sekiranya panel gagal dalam lenturan. Keupayaan menanggung beban ricih tebukan muktamad juga disemak.Keputusan ujikaji bagi ujian beban titik menunjukkan panel konkrit nipis mempunyai kekuatan yang setanding dengan panel papan lapis. Manakala dari segi kekuatan hentaman, kekuatan panel konkrit jauh lebih rendah daripada panel papan lapis. |
---|