Summary: | Projek ini membentangkan penggunaan Meter Tekanan Texam dalam pengukuran dan analisis ciri-ciri tanah di situ. Ciri-ciri tanah di situ yang diperolehi adalah berdasarkan kepada hubungan tekanan dan ubah bentuk tanah.Kajian dimulakan ke atas sistem asas Meter Tekanan Texam yang terdiri dari unit kawalan, tiub Tecalan dan kuar. Proses penepuan dan penentukuran pada sistem ini dihuraikan dengan jelas. Kajian seterusnya ialah cara perlaksanaan ujian di tapak dan penafsiran keputusan ujian.Satu ujian Meter Tekanan Texam di situ telah dijalankan dan keputusan ciri-ciri tanah seperti modulus ricih, G, tegasan mengufuk di situ, Oho, dan kekuatan ricih tak bersalir, Cu, yang terhasil dari penganilisisan dibentangkan. Kajian terakhir merupakan perbentangan ke atas penggunaan ujian meter tekanan dalam bidang geoteknik iaitu rekabentuk asas dan pengukuran enapan tanah.
|