Rekabentuk dan analisa plat terlipat /
Projek ini membentangkan mengenai analisa dan rekabentuk sebuah bumbung dengan menggunakan plat telipat. Secara umumnya plat terlipat merupakan suatu struktur yang tidak memerlukan sebarang rasuk untuk membawa beban. Ianya terbina dari kepingan-kepingan papak yang berlipat-lipat dan hanya memerluk...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Subjects: |
Summary: | Projek ini membentangkan mengenai analisa dan rekabentuk sebuah bumbung dengan menggunakan plat telipat. Secara umumnya plat terlipat merupakan suatu struktur yang tidak memerlukan sebarang rasuk untuk membawa beban. Ianya terbina dari kepingan-kepingan papak yang berlipat-lipat dan hanya memerlukan sokongan dari tiang untuk berdiri tegak.Secara keseluruhannya tesis ini memberikan pendedahan tentang kaedah-kaedah analisa dan rekabentuk bagi bumbung plat terlipat ini. Di antara kaedah yang dibincangkan di dalam projek ini adalah kaedah analisa dan rekabentuk yang diutarakan oleh Milo S. Ketchum dan Palmes. Kedua-dua kaedah ini memberikan sedikit perbezaan dari segi kod amalan ACI 318-83 dan Palmes menggunakan kod amalan BS 8110 di dalam merekabentuk plat terlipat tersebut. Namun begitu kedua-dua kaedah ini membuat penganalisaan yang hampir sama seperti rasuk dan papak sehala yang disokong oleh papak dibersebelahannya. Maka berdasarkan dari teori analisa tersebut, proses rekabentuk plat terlipat bagi kedua-dua kaedah adalah menggunakan teori rekabentuk rasuk dan papak sehala. |
---|