Kajian kelakunan pejalan kaki semasa melintas jalan di lokasi rawak Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru /

Kelakunan pejalan kaki (pedestrian behaviour) adalah salah satu komponen dan antara ciri-ciri penting dalam sistem pengurusan trafik perbandaran. Interaksi diantara 'pedestrian' dan pergerakan kenderaan mewujudkan konflik yang boleh menimbulkan risiko kemalangan dan menjejaskan kelancaran...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 436328 Md. Adha Ariffin
Format:
Language:may
Subjects:
Description
Summary:Kelakunan pejalan kaki (pedestrian behaviour) adalah salah satu komponen dan antara ciri-ciri penting dalam sistem pengurusan trafik perbandaran. Interaksi diantara 'pedestrian' dan pergerakan kenderaan mewujudkan konflik yang boleh menimbulkan risiko kemalangan dan menjejaskan kelancaran aliran trafik. Suatu teknik pengurusan sistem trafik perbandaran perlu dipertingkatkan agar lebih efektif bagi mengurangkan konflik ini seterusnya melancarkan sistem trafik dan dengan itu dapat menjimatkan pembaziran masa dan keselamatan kepada semua pengguna jalanraya.Perbincangan projek penyelidikan tahun akhir kali ini adalah suatu kajian bagi mendapatkan kefahaman corak kelakunan dan hubungkait parameter-parameter yang menjadi faktor-faktor utama saling mempengaruhi kriteria interaksi pengguna jalanraya di sesuatu lokasi.Pendekatan kajian adalah berdasarkan penggunaan model penyelakuan (simulation model). Model Goldschmidt dipilih kerana kajian ini menggunakan kaedah empirikal seperti yang diperkenalkan oleh beliau di samping kesesuaian keperluan model dengan kriteria lokasi iaitu di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru. Antara parameter penting ialah hubungan lengah (delay) dan jarak lolos (acceptancegap).Beberapa alternatif dan pengubahsuaian kepada kemudahan lintasan dan sistem pengurusan ada disyorkan. Bagaimana kajian menyeluruh dan lebih terperinci perlu dijalankan sebelum sebarang cadangan kepada pengubahsuaian sistem pengurusan trafik untuk jangka masa panjang dikemukakan.