Ujian ke atas model konkrit /

Eksperimen dengan menggunakan model konkrit telahpun dijalankan sejak beberapa tahun yang lalu dalam mencari dan memahami kelakunan dan ciri-cirinya didalam sistem fizikal. Pemahaman yang baik keatas kelakunannya yang kompleks adalah perlu supaya konsep rekabentuk keadaan had muktamad dapat digunak...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 436395 Mohd. Khiruddin Ali
Format:
Subjects:
Description
Summary:Eksperimen dengan menggunakan model konkrit telahpun dijalankan sejak beberapa tahun yang lalu dalam mencari dan memahami kelakunan dan ciri-cirinya didalam sistem fizikal. Pemahaman yang baik keatas kelakunannya yang kompleks adalah perlu supaya konsep rekabentuk keadaan had muktamad dapat digunakan dengan bakik disamping menyediakan perekabentuk struktur teknik saintifik dan membolehkannya untuk memanjangkan aktiviti-aktiviti rekabentuk kesuatu bidang yang belum diterokai sepenuhnya.Didalam projek tahun akhir ini, kajian makmal keatas model rasuk konkrit bertetulang telah dijalankan. Kajian awal telah dijalankan berhuvung dengan prinsip-prinsip dan konsepnya dalam merekabentuk model struktur konkrit berteulang. Sebanyak tiga model berskala 1 : 2 telah dibina dan diuji dimana kelakunan-kelakunannya seperti pesongan ditengah rentang, beban retak dan beban muktamad telah dibandingkan dengan prototype.Daripada keputusan yang diperolehi, dapat dibuat kesimpulan bahawa model terus adalah sesuai dan berupaya meramal kelakunan-kelakunan struktur konkrit bertetulang pada keadaan tak elastik. Sifat-sifat ikatan dan jenis tetulang adalah merupakan sebahagian dari faktor yang mempengaruhi kelakunannya.