Summary: | Kajian mengenai pengoptimuman memang telah lama dilakukanoleh berbagai pihak. Banyak buku mengenainya boleh didapati di pasaran. Begitu juga banyak kaedah yang boleh digunakan dalam menjalankan proses pengoptimuman. Namun begitu, untuk memanfaatkan segala yang terdapat dalam bahan-bahan ilmiah yang tersebut, kefahaman atau kajian mengenai beberapa teori dan aspek matematik yang berkaitan dengan bidang tersebutadalah perlu. Ini mungkin merupakan sesuatuysng sukar untuk sesetengah pihak yang perlu mempraktikkan bidang tersebut. Tambahan pula penglibatan interasi atau kiraan yang berulang-ulang yang amat panjang dan rumit yang menyebabkan kesilapan demi kesilapan mudah dilakukan, mungkin menyebabkan segala usaha untuk menjalankan pengoptimuman secara insani menjadi tidak praktikal. Oleh itudalam projek ini, penulis cuba untuk merekabentuk suatu pakej pengoptimuman bagi kes tidak bersandar dengan mengemukakan tiga kaedah yang sangat popular. Penggunaan komputer akan menyebabkan kerja-kerja pengoptimuman menjadi amat mudah disamping kurangnya berlaku kesilapan-kesilapan yang sukar dielakkan sekiranya kita menggunakan kaedah insani.
|