Merekabentuk papan pameran pelbagai menggunakan PC2000/

Projek ini adalah merupakan suatu projek yang melibatkan suatu rekabentuk papan pameran pelbagai dengan bantuan PC2000. Papan pameran ini menggunakan LED sebagai keluaran yang akan membentuk suatu jujukan nombor atau huruf yang dikehendaki. PC 2000 digunakan untuk mengawal keluaran LED pada papan pa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 456946 Wan Amran Wan Omar
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Projek ini adalah merupakan suatu projek yang melibatkan suatu rekabentuk papan pameran pelbagai dengan bantuan PC2000. Papan pameran ini menggunakan LED sebagai keluaran yang akan membentuk suatu jujukan nombor atau huruf yang dikehendaki. PC 2000 digunakan untuk mengawal keluaran LED pada papan pameran tersebut. Oleh kerana PC 2000 hanya mempunyai lapan keluaran sahaja, maka dengan itu kita perlukan suatu peranti yang dapat mengeluarkan banyak keluaran. Untuk mengawal keluaran lampu yang banyak kita memerlukan litar bersepadu penyahkod dan litar bersepadu selak,di mana ianya berfungsi sebagai pengawal keluaran pada LED. Pada PC 2000 pula kita perlu memasukkan suatu aturcarayang menyerupai bahasa mesin iaitu khusus untuk kegunaan alat pengawal keluaran lampu pada papan pameran tersebut.Projek ini memerlukan kepada perkakasan dan juga perisian, agar perkakasan yang dibina itu dapat berfungsi dengan sempurna.