Kelakuan pengukuhan tanah lampai lombong /

Malaysia adalah sebuah negara dimana aktiviti perlombongan adalah salah satu aktiviti yang dijalankan dengan luasnya, terutamanya perlombongan untuk bijih timah. Kawasan utama yang mempunyai aktiviti perlombongan bijih timah ialah Lembah Kinta dan Lembah Klang. Pembangunan di kedua-dua kawasan ini...

ver descrição completa

Detalhes bibliográficos
Autor principal: 171364 Amrick Singh Atar Singh
Formato:
Publicado em: 1992
Assuntos:
Descrição
Resumo:Malaysia adalah sebuah negara dimana aktiviti perlombongan adalah salah satu aktiviti yang dijalankan dengan luasnya, terutamanya perlombongan untuk bijih timah. Kawasan utama yang mempunyai aktiviti perlombongan bijih timah ialah Lembah Kinta dan Lembah Klang. Pembangunan di kedua-dua kawasan ini adalah amat pesat sekali sehingga tanah bekas lombong di sekeliling kedua-dua kawasan ini adalah amat pesat sekali sehingga tanah bekas lombong di sekeliling kedua-dua kawasan ini ditebusguna untuk projek perumahan. Sebahagian daripada projek ini berjaya manakala sebahagian lagi mengalami pemendapan dan retakan di lantai dan dinding. Maka adalah penting untuk melakukan kajian-kajian yang lebih mendalam mengenai tanah lampai lombong ini. Dalam perjalanan tesis ini, ujikaji pengukuhan menggunakan oedometer telah dilakukan. Dalam ujikaji oedometer, sampel-sampel yang digunakan ialah tanah lampai lombong daripada kawasan Lembah Kinta iaitu dari Pengakalan Pusing dan Malim Nawar. Sampel-sampel yang digunakan adalah tidak dirawat dan kemudiannya dirawat dengan menggunakan kalsium klorida (CaC1) dan polyethelene oksid (PEO). Parameter-parameter tanah seperti pekali pengukuhan (Cv), angkujuh mampatan (Cc) serta pekali isipadu mampatan (mv) dicari daripada keputusan ujikaji yang telah dijalankan. Pada akhir tesis ini, perbandingan di antar hasil ujikaji sampel-sampel tidak dirawat dan dirawat telah dibuat serta cadangan-cadangan untuk penerusan tajuk tesis ini pada masa hadapan.