Итог: | Perbandaran merupakan potensi yang boleh menambahkan isipadu dan kadaralir dalam sistem saliran. Maka, pembangunan dalam kawasan tadahan mesti dianalisa untuk mengurangkan masalah banjir. Kemudian simpanan merupakan pendekatan yang berkesan di dalam pengurusan sistem saliran dan mengurangkan masalah banjir.Simpanan bumbung boleh diperkenalkan sebagai satu kaedah bagi kawalan aliran airlarian seperti diterangkan di atas. Satu siri ujikaji makmal telah dijalankan untuk mendapatkan pelbagai bacaan bagi kedalaman takungan pada kadaralir yang berbeza, serta ciri-ciri alirannya. Ujikaji-ujikaji makmal dilakukan ke atas tiga kes kecerunan dasar model takungan yang berbeza, iaitu kecerunan dasar sebanyak 1 darjah, 2 darjah dan 3 darjah.Satu model bumbung rata dibuat daripada papan lapis yang berbentuk segiempat sama dengan alur keluar berjeriji di bahagian tengahnya, telah dibina berdasarkan saiz sebenar.Keputusan ujikaji-ujikaji makmal seterusnya dianalisa dan dipersembahkan dalam bentuk graf. Keterangan lanjut mengenai ciri-ciri hidraulik alur keluar bagi setiap kes serta keberkesanannya bagi mewujudkan takungan pada bumbung juga diberikan. Akhirnya, segala pertimbangan rekabentuk bagi sistem alur keluar serta 'downpipe' dikemukakan.
|