Sistem maklumat untuk perangkaan pegawalan banjir dan pencemaran kualiti air di kawasan berpenduduk padat /
Proses pembandaran dan perindustrian di kawasan kajian telah menyebabkan peningkatan dalam kuantiti air larian dan pencemaran kepada kualitinya. Keseluruhan kawasan kajian mempunyai keluasan 189 km persegi meliputi tiga kawasan tadahan iaitu bahagian atas kawasan tadahan Sungai Kelang, kawasan tadah...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia,
1992
|
Subjects: |
Summary: | Proses pembandaran dan perindustrian di kawasan kajian telah menyebabkan peningkatan dalam kuantiti air larian dan pencemaran kepada kualitinya. Keseluruhan kawasan kajian mempunyai keluasan 189 km persegi meliputi tiga kawasan tadahan iaitu bahagian atas kawasan tadahan Sungai Kelang, kawasan tadahan Sungai Ampang dan kawasan tadahan Sungai Gisir.Kajian terhadap kawasan di bahagian hulu Lembangan Sungai Kelang ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah banjir dan pencemaran air larian di kawasan ini tetapi dapat mengurangkan juga masalah yang sama di bahagian hilir kawasan kajian yang lebih pesat pembangunannya.Penggunaan tanah yang semakin meluas telah membawa kepada masalah banjir dan pengurangan bekalan air yang bersih. Perancangan pengawalan kualiti dan kuantiti air ribut di kawasan kajian memerlukan penyelesaian secara teknikal serta perancangan serantau yang lengkap. Penyelesaian ini memerlukan data-data terperinci yang dapat mewakili ciri-ciri keseluruhan kawasan kajian seperti corak guna tanah, topografi dan jenis tanah. Maka satu sistem data base yang baik diperlukan dan sistem Informasi Geografi GIS-ARC/INFO telah dipilih untuk tujuan ini. |
---|