Penggunaan saliran pugak di dalam proses baik pulih tanah (Kajian kes) /
Saliran pugak adalah satu kaedah untuk membaik pulih tanah tepu-air, bolehmampat dan mempunyai ketelapan yang sangat rendah. Contohnya, tanah liat dan tanah liat berkelodak. Kaedah ini penting bagi mempercepatkan lagi proses pengukuhan tanah dan seterusnya mengatasi masalah enapan struktur. Keada...
1. autor: | |
---|---|
Format: | |
Wydane: |
1991
|
Hasła przedmiotowe: |
Streszczenie: | Saliran pugak adalah satu kaedah untuk membaik pulih tanah tepu-air, bolehmampat dan mempunyai ketelapan yang sangat rendah. Contohnya, tanah liat dan tanah liat berkelodak. Kaedah ini penting bagi mempercepatkan lagi proses pengukuhan tanah dan seterusnya mengatasi masalah enapan struktur. Keadaan ini dicapai apabila tekanan air liang lebihan keluar melalui saliran pugak terdekat dan terlesap. Pemasangan jarak luang saliran pugak sedekat mungkin bersama-sama prabebanan akan memberikan tempoh pengukuhan yang minima.Dalam kaedah ini, terdapat beberapa perkara yang penting diketahui. Pertamasekali ialah teori pengukuhan satu demensi. Kedua, jenis-jenis penyiasatan tapak dan ujian-ujian di makmal yang dilakukan sebelum dan selepas pembaikan tanah. Ketiga, cara merekabentuk dan prosedur pemasangan saliran pugak di tapak. Akhir sekali ialah penganalisaan data-data basil daripada pengawasan terhadap pengalatan tanah. Penganalisaan terhadap data-data akan dapat menentukan samada penggunaan saliran pugak telah berjaya membaik pulih tanah atau sebaliknya. Ini berdasarkan kepada nilai-nilai parameter tertentu yang telah ditetapkan (bergantung kepada tujuan penggunaan tapak) |
---|