Summary: | Air adalah keperluan asas semua hidupan. Pencemaran air merupakan suatu masalah besar kepada dunia moden ini hasil pembangunan yang kian pesat. Pantai Port Dickson yang terkenal dengan pelancogan merupakan salah satu daripada kawasan yang sedang menghadapi masalah ini. Pencemaran air adalah berpunca dari kegiatan pembangunan yang tidak seimbang dengan nilai-nilai alam sekitar. Di dalam mengejar pembangunan, pengurusan air sering diabaikan. Kegiatan-kegiatan yang menyebabkan pencemaran air termasuklah perindustrian, perbandaran, perumahan dan pertanian. Airsisa dari kegiatan-kegiatan ini akan disalurkan ke sungai dan seterusnya laut. Pengawasan pencemaran air di Port Dickson ini adalah suatu projek usahasama dengan Jabatan Bekalan Air, Negeri Sembilan. Analisis di makmal yang telah dilakukan bagi projek ini melibatkan parameter COD dan TOC yang diuji tiap-tiap minggu untuk mendapatkan corak perubahan dengan masa. Tahap pencemarannya dibandingkan dengan piawaian air yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia.
|