Kesan cuaca ke atas kestabilan dan aliran campuran konkrit berbitumen/

Bitumen adalah sejenis bahan pengikat yang lazim digunakan dalam pembinaan lapisan turapan jalanraya. Ia digabungkan dengan batu-baur dan bahan pengisi mengikut nisbah yang ditentukan.Kajian terhadap kesan cuaca ke atas bitumen adalah penting dilakukan kerana cuaca merupakan salah satu faktor utama...

Бүрэн тодорхойлолт

Номзүйн дэлгэрэнгүй
Үндсэн зохиолч: 211342 Surendran Paramanantnakarasu
Формат:
Хэвлэсэн: 1991
Нөхцлүүд:
Тодорхойлолт
Тойм:Bitumen adalah sejenis bahan pengikat yang lazim digunakan dalam pembinaan lapisan turapan jalanraya. Ia digabungkan dengan batu-baur dan bahan pengisi mengikut nisbah yang ditentukan.Kajian terhadap kesan cuaca ke atas bitumen adalah penting dilakukan kerana cuaca merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan penurunan mutu bitumen. Namun demikian, kajian kesan cuaca kurang dilakukan di Malaysia.Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan cuaca ke atas kestabilan dan aliran campuran bahan pengikat , batu baur dan bahan pengisi. Sebanyak 50 sampel disediakan dengan Kaedah Pencampuran Marshall dan didedahkan kepada cuaca.Ujian Aliran dan Kestabilan Marshall dilakukan kepada sampel-sampel mengikut tempoh pendedahan yang ditetapkan. Berdasarkan kepada keputusan yang didapati, suatu hubungan perubahan nilai kestabilan dan aliran dengan tempoh pendedahan akan dibuat.Adalah di harapkan bahawa berdasarkan kepada keputusan kajian ini dan kajian-kajian selanjutnya yang akan dilakukan, tahap penurunan mutu bitumen akibat kesan cuaca akan dapat diketahui.