Summary: | Pada masa kini, banyak struktur konkrit tetulang yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan dan pemulihan kaedah pembaikan adalah masalah utama.Konkrit yang terdedah kepada atmosfera akan diserang oleh karbon-dioksida yang melarut ke dalam air liang konkrit dan bertindak dengan kalsium hidtoksida di dalam simen untuk menghasilkan kalsium karbonat. Proses tindak balas kimia ini dinamakan pengkarbonatan.Pengkajian ini adalah untuk melihat kesan yang boleh terjadi apabila penutupkonkrit telah terkarbonat dan tetulang keluli mengarat.Faktor-faktor alam sekitar seperti kelembapan, suhu, keamatan karbon dioksida dan faktor dari bahan binaannya, kadar campuran konkrit dan juga jenis simen digunakan, nisbah air simen dan keadaan pengawetan konkrit dikatakan antara ajen yang mempengaruhi pengkarbonatan.Di samping itu, ujian untuk mengesan pengkarbonatan dilakukan pada dua buah jambatan iaitu jambatan Sungai parit Muda, Batu Pahat dan Jambatan Sungai Sarang Buaya, Muar, Johor.
|