Kesan cuaca ke atas nilai kestabilan dan nilai aliran campuran konkrit berbitumen/

Bitumen adalah salah satu bahan perekat yang telah digunakan dengan meluas dalam pembinaan turapan jalanraya. Setara dengan penggunaannya yang agak meluas, kajian-kajian mengenai kesan pencuacaan terhadap bahan ini telah dijalankan. Kebanyakkan kajian ini adalah dijalankan di negara-negara barat,...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 212099 Sugumaran V. Muthiah, M.
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Bitumen adalah salah satu bahan perekat yang telah digunakan dengan meluas dalam pembinaan turapan jalanraya. Setara dengan penggunaannya yang agak meluas, kajian-kajian mengenai kesan pencuacaan terhadap bahan ini telah dijalankan. Kebanyakkan kajian ini adalah dijalankan di negara-negara barat, iaitu negara-negara yang beriklim sejuk.Kajian di negara beriklim panas adalah agak terhad, khasnya seperti negara kita Malaysia , di mana pembangunan jalanraya adalah agak pesat. Pembangunan ini adalah tidak setara dengan kemajuan dari segi kerja penyenggaraan yang perlu dijalankan untuk mengekalkan mutu turapan jalanraya sepanjang tempoh khidmatnya. Kelemahan bitumen terhadap kesan cuaca perlu diketahui, supaya kaedah pembinaan yang lebih baik boleh diambil dalam proses penjagaan mutu turapan berbitumen.Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah, untuk menentukan tahap kesan cuaca berkadaran dengan tempoh pendedahannya. Menerusi kajian yang telah dijalankan ini, diharap ia dapat membantu dalam menunjukkan kesan proses pencuacaan keatas campuran bitumen, dan juga membantu dalam kajian lanjutan yang akan dijalankan berhubungan dengan kemerosotan mutu bitumen.