Mempertingkatkan kecekapan penggunaan arang tempurung kelapa dan abu habuk papan dalam merawat air/

Masalah pencemaran air semakin meningkat akibat daripada proses perindustrian, pembangunan dan perbandaran. Pembuangan sisa-sisa toksik termasuk logam-logam berat banyak membawa kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar. Berikutan daripad perkembangan teknologi masa kini, satu teknik rawatan yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 212629 Satiah Juri
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Masalah pencemaran air semakin meningkat akibat daripada proses perindustrian, pembangunan dan perbandaran. Pembuangan sisa-sisa toksik termasuk logam-logam berat banyak membawa kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar. Berikutan daripad perkembangan teknologi masa kini, satu teknik rawatan yang murah dan mudah diperolehi perlu dikaji bagi mencari satu altenatif cara rawatan yang berkesan. Satu siri ujikaji makmal telah dijalankan untuk menentukan keupayaan arang tempurung kelapa dan abu habuk papan sebagai bahan penjerap terhadap kekeruhan, warna dan kandungan logam aluminium, ferum dan zink. Ujikaji ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah turus. Air sampel tiruan dilakukan menerusi media penjerap didalam turus kaca. Media rawatan tersebut dirawat dengan asid dan seterusnya dibandingkan hasilnya dengan media penjerap tanpa dirawat. Kusnyiyi bahan penjerap, saiz bahan penjerap dan masa tahanan bagi proses penjerapan tersebut dipelbagaikan. Daripada analisa keputusan ujikaji yang dijalankan, di dapati bahawa arang tempurung kelapa dan abu habuk papan yang telah dirawat dengan asid menunjukkan potensi yang lebih baik.