Summary: | Penggunaan mikrokomputer iaitu komputer peribadi di dalam Kejuruteraan Awam khususnya bidang struktur semakin popular. Namun begitu, perisian untuk rekabentuk konkrit prategasan di dalam pasaran masih kurang. Oleh itu, penghasilan perisian komputer berhubung dengan bidang tersebut telah dijalankan. Dalam projek Sarjana Muda ini, perisian rekabentuk struktur yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar sebelum ini di dalam bahasa Turbo Basic telah dikaji. Seterusnya, satu perisian mikrokomputer dalam bahasa Turbo C yang lebih sempurna untuk kerja-kerja analisis dan rekabentuk rasuk konkrit prategasan tersokong mudah telah dihasilkan. Persamaan-persamaan rekabentuk rasuk konkrit prategasan yang digunakan adalah berdasarkan kepada Kod Amalan BS 8110 : Bahagian 1 dan Bahagian 2 : 1985 dan juga persamaan-persamaan asas had-had tegasan untuk konkrit prategasan. Diharapkan penghasilan perisian mikrokomputer dalam bahasa Turbo C ini bukan sahaja bermanfaat kepada penuntut-penuntut Kejuruteraan Awam amnya, tetapi juga kepada jurutera-jurutera Awam khasnya, yang terlibat dalam kerja-kerja analisis dan rekabentuk.
|