Rekabentuk untuk bebanan seismik /
Penggunaan rekabentuk aseismik adalah satu kaedah yang asing bagi kita tetapi merupakan satu applikasi yang penting dan kajian yang luas dilakukan terutamanya di negara-negara maju dan terletak dalam zon gempabumi.Dalam kajian literatur ini penekanan dilakukan mengikut aturan iaitu bermula dari tana...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
1991
|
Subjects: |
Summary: | Penggunaan rekabentuk aseismik adalah satu kaedah yang asing bagi kita tetapi merupakan satu applikasi yang penting dan kajian yang luas dilakukan terutamanya di negara-negara maju dan terletak dalam zon gempabumi.Dalam kajian literatur ini penekanan dilakukan mengikut aturan iaitu bermula dari tanah yang akan menerima bebanan gempa yang akan dipindahkan ke asas dan setrusnya ke struktur tersebut.Penekanan ciri-ciri dan strata-strata tanah yang berkemungkinan gagal sewaktu gempabumi dijelaskan berdasarkan kegagalan-kegagalan yang telah berlaku dalam beberapa gempabumi yang lalu.Pemilihan asas yang sesuai dan kaedah merekabentuk asas berdasarkan pada keadaan tanah dan jenis struktur yang akan ditanggung juga merupakan satu matlamat utama dalam rekabentuk aseismik.Seterusnya kaedah merekabentuk struktur konkrit yang berkeupayaan merintang bebanan seismik dijelaskan berdasarkan dari kajian dan pertimbangan yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang rekabentuk aseismik. Penggunaan tetulang penahanan untuk meninggikan kekuatan dan kemuluran anggota-anggota struktur dan juga kaedah memperkuatkan sambungan dan anggota penting dalan struktur merupakan matlamat penting dalam kajian literatur ini. |
---|