Rekabentuk jambatan dengan menggunakan plat penutup/

Projek ini meliputi kajian ke atas rekabentuk geladak jambatan rencam dengan menggunakan plat penutup keluli menurut BS 5400. Geladak terdiri daripada dua bahagian iaitu rasuk keluli keratan I sebagai rasuk utama dan papak pejal konkrit bertetulang sebagai geladak jambatan. Penyambung ricih diguna...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: 226771 Wai, Yee Kong
格式:
出版: 1991
主题:
实物特征
总结:Projek ini meliputi kajian ke atas rekabentuk geladak jambatan rencam dengan menggunakan plat penutup keluli menurut BS 5400. Geladak terdiri daripada dua bahagian iaitu rasuk keluli keratan I sebagai rasuk utama dan papak pejal konkrit bertetulang sebagai geladak jambatan. Penyambung ricih digunakan pada pertengahan rentang untuk mengikat rasuk dengan papak membentuk geladak jambatan rencam monolitik. Plat penutup keluli pula dikimpalkan pada penatang rasuk untuk meningkatkan keupayaan rintangan monem rasuk pada penyokong.Sebelum merekabentuk sebuah jambatan, analisa beban perlu dijalankan untuk mendapatkan keadaan beban yang paling kritikal yang bertindak ke atas struktur jambatan. Konsep garis imbas untuk rasuk tak tentuan statik yang menggunakan prinsip Muller Breslau akan digunakan dalam menganalisa beban-beban kritikal.Selain daripada itu, konsep analogi tiang digunakan untuk menganalisa jambatan yang menggunakan plat penutup. Rasuk dengan plat penutup adalah rasuk tak prismatik.Memandangkan penggunaan komputer yang begitu popular hari ini, perhatian juga ditumpukan kepada pembangunan perisian ke atas kedua-dua analisis tersebut dengan menggunakan bahasa komputer Borland Turbo C.