Potensi pembangunan industri kecil berasaskan kelapa di daerah Kuala Muda, Kedah/

Meninggikan paras pendapatan dan meningkatkan mutu hidup masyarakat umum adalah objektif utama pembangunan ekonomi. Dalam bidang pembangunan ekonomi, peningkatan pendapatan boleh dicapai melalui pengujudan peluang-peluang pekerjaan baru dalam sektor yang mempunyai potensi untuk dikembangkan seterusn...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: 331976 Md. Ghani Ismail
格式:
出版: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
主题:
实物特征
总结:Meninggikan paras pendapatan dan meningkatkan mutu hidup masyarakat umum adalah objektif utama pembangunan ekonomi. Dalam bidang pembangunan ekonomi, peningkatan pendapatan boleh dicapai melalui pengujudan peluang-peluang pekerjaan baru dalam sektor yang mempunyai potensi untuk dikembangkan seterusnya memberikan pulangan tambahan kepada tuan-tuan faktor pengeluaran tersebut. Berdasarkan kenyataan tersebut, tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat sejauh mana sumberjaya kelapa di kawasan kajian dapat diekploitasikan secara cekap dan teratur bagi membangunkan industri kecil berasaskan kelapa. Kajian ini juga akan menganalisis tahap penglibatan semasa penduduk di dalam industri kelapa khususnya meliputi aspek kemahiran industri, minat dan keupayaan penduduk mengusahakan industri kelapa. Faktor-faktor dan keperluan asas yang biasa diambilkira dalam membangunkan industri juga ditinjau di kawasan kajian seperti kemudahan pengangkutan, infrastruktur (air dan letrik),pasaran bahan mentah, buruh dan sebagainya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisipotensi permukaan. Hasil kajian tersebut mendapati hanya 4 jenis industri sahaja yang berpotensi dibangunkan di kawasan kajian iaitu industri 'dessicated coconut', industri kaya, industri 'rubberised coir' dan industri 'coconut shell powder'. Penempatan industri-industri tersebut kebanyakkannya adalah dicadangkan disepanjang jalan Alor Star - Butterworth terutama di pinggir bandar Sungai Petani dan Pekan Gurun. Dengan pembangunan industri kecil berasaskan kelapa di kawasan kajian dan amnya di Wilayah KEDA, ianya akan dapat membantu mengurangkan pengangguran dan kemiskinan serta menghalang penghijrahan belia-belia ke bandar. Telah terbukti bahawa industri-industri kecil yang memproses sumberjaya tempatan di luar bandar dapat membangunkan kampung-kampung yang ketinggalan dari segi ekonomi dan kemudahan asas sepertimana di kawasan wilayah KEDA yang lain.