Summary: | Suatu penyiasatan dilakukan ke atas bangunan konkrit bertetulang 2 blok 3 tingkat yang mengalami kegagalan struktur. Penyiasatan dijalankan dengan melakukan Ujian Tanpa Musnah. Ujian dilakukan ke atas struktur rasuk, tiang dan papak.Ujian-ujian yang dilakukan di dalam penyiasatan ialah ujian tukul Schmidt, PUNDIT, kedalaman pengkabonatan, kandungan klorid, porositi, kadar penyerapan air dan ujian teras. Beberapa ujian juga dilakukan di makmal bagi mempastikan sejauh mana keputusan yang diperolehi di lapangan boleh dipercayai.Data-data yang diperolehi dari penyiasatan dianalisa dan penilaian keatas struktur dibuat. Penilaian dibuat dengan menentukan kekuatan dan punca-punca berlakunya kegagalan struktur.
|