Pandangan sepintas lalu tentang aktiviti-aktiviti yang memberi kesan terhadap air penerima di Daerah Johor Bahru?

Air penerima adalah merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia. Contoh air penerima adalah seperti sungai, tasik dan laut. Pelbagai aktiviti yang dijalankan telah menyebabkan air penerima tercemar.Pencemaran air penerima yang terjadi di Daerah Johor Bahru agak begitu teruk. Antara air pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 237846 Mohd. Shamshuri Mohamed
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Air penerima adalah merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia. Contoh air penerima adalah seperti sungai, tasik dan laut. Pelbagai aktiviti yang dijalankan telah menyebabkan air penerima tercemar.Pencemaran air penerima yang terjadi di Daerah Johor Bahru agak begitu teruk. Antara air penerima yang tercemar adalah seperti Sungai Skudai, Sungai Melana dan Pantai Lido. Pencemaran yang terjadi adalah disebabkan oleh pembangunan yang tidak seimbang dengan keadaan alam sekitar. Aktiviti-aktiviti seperti pertanian, penternakan, perindustrian dan bengkel yang dijalankan disepanjang air penerima tersebut adalah merupakan punca utama pencemaran. Ini adalah kerana air penerima tersebut digunakan sebagai tempat membuang effluen.Kajian dijalankan bagi mengenalapasti punca dan tahap pencemaran yang berlaku berdasarkan maklumat daripada Pelan Rancangan Struktur MDJBT dan rujukan lainnya. Adalah diharapkan projek ini dapat menyedarkan masyarakat tentang apa yang terjadi dan tindakan yang sewajarnya diambil bagi mengawal pencemaran