Summary: | Dalam 'literature survey' ini, suatu kumpulan pelajar telah diperkenalkan. Mereka adalah pelajar-pelajar yang kurang kebolehan dalam matapelajaran Kimia atau Sains Am. Adalah menjadi pendapat pengarang bahawa mereka ini harus diberi perhatian atau layanan yang berbeza dari kawan-kawan mereka yang lain yang tidak menghadapi masalah pembelajaran seperti mereka ini supaya mereka tidak tercicir di belakang. Jadi, beberapa Kaedah-kaedah pengurusan bahan mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran yang berbeza telah dicadangkan untuk menarik dan mengekalkan minat pelajar-pelajar ini. Kaedah-kaedah ini diharapkan dapat membantu mereka mencapai setakat mana yang mereka berupaya. Oleh kerana kekurangan masa, kaedah-kaedah ini tidak diuji secara praktik. Jadi, adalah diharapkan bahawa 'literature survey' ini dapat memberi bantuan kepada mereka yang ingin mengkaji dengan lebih mendalam lagi mengenai pengajaran pelajar-pelajar kurang kebolehan ini.
|