সংক্ষিপ্ত: | Buku ini membicarakan tentang iktikad umum dan iktikad khusus, atau lebih jelas lagi iktikad orang biasa dan iktikad orang yang berilmu bagi setiap Muslim-muslimah. Pengarang bermula dengan menarik pembaca kepada pokok iktikad itu dengan menghuraikan maksud dua kalimah syahadat, lalu membawanya mengembara kepada berbagai-bagai liku hukum dari semua aspek yang berkaitan dengan kepercayaan manusia dari segi asas ketauhidan itu kepada soal keperibadiannya dalam menghayati Islam sebagai agama. Pembicaraan tiap-tiap aspeknya sangat terang dan menarik dengan dibawa pula dalil-dalil yang boleh menambah kuat keimanan manusia. Banyak hal-hal yang penting telah diteroka oleh pengarang ini, lalu dibincangkannya dengan mudah dan jelas sealiran dengan fahaman semua peringkat pembaca. Buku AKIDAH ISLAM' ini ditulis oleh seorang pengarang dan ulama besar Al-Azhar yang sudah terkenal di merata alam, disebabkan banyak karya-karyanya yang telah diterjemahkan kepada berbagai-bagai bahasa. Sila baca buku ini, nanti anda akan menambah pengetahuan lagi.
|