Perancangan gunatanah industri dan kawalan pencemaran air. Kajian kes : Sungai Kedah /
Didalam pembangunan ekonomi sesebuah negara, perindustrian adaslah salah suatu sektor penyumbang yang utama. Dalam usaha-usaha untuk membangunkannya kerapkali pemeliharaan alam sekitar diabaikan berbanding dengan faktor-faktor lain seperti modal, tanah dan buruh. Ini menyebabkan sujudnya masalah-mas...
מחבר ראשי: | |
---|---|
פורמט: | |
יצא לאור: |
1991
|
נושאים: |
סיכום: | Didalam pembangunan ekonomi sesebuah negara, perindustrian adaslah salah suatu sektor penyumbang yang utama. Dalam usaha-usaha untuk membangunkannya kerapkali pemeliharaan alam sekitar diabaikan berbanding dengan faktor-faktor lain seperti modal, tanah dan buruh. Ini menyebabkan sujudnya masalah-masalah pencemaran alam sekitar, seperti pencemaran air. Maslah pencemaran ini mempunyai kaitan secara lengsung di dalam perancangan gunatanah industri tersebut yagn tidak menentukan kawalan yang secukupnya dalam langkah-langkah perancangan. keadaan ini tidak terkecuali di KawasaZn kajianiaitu Sungai Kedah. Analisis menunjukkan kurangya proses kelulusan perancangan yang menyeluruh di tapak kajian untuk pembangunan gunatanah industri. Disamping itu kelemahan-kelemahan dalam garispanduan perancangan gunatanah industri dan kawalan pencemaran air memburukkan lagi suaha-usaha kawalan pencemaran. Agensi-agensi yagn terlibat samada di peringkat perancangan ataupun perlaksanaan turut menampakkan pegnetahuan yang kurang dalam alam sekitar. Keadaan ini telah mewujudkan masalah pencemaran air yang semakin meningkat dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Memandangkan keadaan ini, cadangan adalah ditumpukan kearah mengujudkan suatu kawalan pembangunan gunatanah industri yang komprehensif. Cadangan-cadasngan untuk kawalan pembangunan gunatanah industri dibagikan kepada tiga iaitu : (1) Kawalan melalui proses kelulusan yang memberi penekanan kepada suatu proses yang mengambilkira masalah pencemaran air secara terperinci sebelum memberi kelulusan; (2) kawalan melalui peningkatan kualiti air yang menumpukan kepada usaha-usaha menjalankan kajian dan penyediaan pelan gunatanah industri oleh agensi-agensi ; (3) kawalan melalui akta dan garispanduan yang memberikan cadangan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan kandungannya yang tidak dapat mengawal pencemaran air. Di samping itu disentuh juga peranan yang harus dimainkan oleh agensi-gensi dit apak untuk memastikan kawalan-kawalan pembangunan gunatanah perindustrian dijalankan dengan sempurna bagi mengurangkan masalah pencemaran air. |
---|