Potensi pembangunan bandar Sening-Tunggal di Gugusan Felda Adela Kota Tinggi/

Pembangunan bandar adalah suatu yang subjektif dan sukar ditentukan. Ianya dipengaruhi oleh faktor-faktor lain di di dalam perkembangannya. Keadaan ini adalah sukar untuk ditentukan, terutamanya kepada bandar-bandar baru yang dibangunkan di kawasan luar bandar. Sebagaimana yang diketahui, tujuannya...

Cijeli opis

Bibliografski detalji
Glavni autor: 331985 Nor Rahman Mustaffa
Format:
Izdano: Sekudai : UTM., 1991
Teme:
Opis
Sažetak:Pembangunan bandar adalah suatu yang subjektif dan sukar ditentukan. Ianya dipengaruhi oleh faktor-faktor lain di di dalam perkembangannya. Keadaan ini adalah sukar untuk ditentukan, terutamanya kepada bandar-bandar baru yang dibangunkan di kawasan luar bandar. Sebagaimana yang diketahui, tujuannya adalah untuk mengimbangkan pembangunan antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar. Berbagai-bagai kemudahan disediakan selaras dengan fungsi dan matlamat pembangunaanya. Apa yang berlaku kepada bandar Sening-Tunggal adalah sama dengan bandar-bandar baru yang lain. Pembangunan bandar adalah lembap dan tidak mengikut pelan pembangunannya, sedangkan ianya mempunyai kawasan tadahanya sendiri iaitu petempatan FELDA dan kampung-kampung tradisional yang berhampiran. Walaupun pembangunanya agak lembap, tetapi bandar Sening-Tunggal mendapat sambutan dari penduduk-penduduk untuk mendapatkan barangan dan peerkhidmatan yang disediakan di bandar pusat. Ini menunjukkan bahawa bandar pusat mempunyai kawasan tadahan yang luas dan tidak hanya terhad kepada petempatan FELDA sahaja. Pembangunan kawasan sekitar juga akan mempengaruhi perkembangan bandar pusat terutamanya kesan daripada pembangunan projek-projek pelancongan yang dilaksanakan di Tanjung Belungkur, Desaru dan Tanjung Pengelih. Justeru itu, bandar pusat mempunyai potensi untuk berkembang jika ia mendapat kesan secara terus dari pembangunan tersebut. Seterusnya, pembangunan bandar pusat adalah berdasarkan kepada perkembangan semasa kawasan sekitar dan dieksploitasikan potensi yang terdapat dibandar pusat. Melalui pembangunan tersebut, fungsi bandar pusat akan dapat dipertingkatkan sesuai dengan perkembangan dan pembangunan semasa di kawasan sekitarnya.