Rancangan dan rekabentuk taman bandar Kuantan /

Sebagai sebuah bandar yang sedang pesat membangun, Kuantan menghadapi masalah dalam menyediakan kawasan rekreasi bagi memenuhi keperluan fisiologi dan pembangunan mental penduduknya. Oleh itu kajian ini bertujuan menyediakan satu perancangan dan rekabentuk sebuah taman bandar bagi Kuantan. Dua pende...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 353792 Mohd. Nor Hashim
Format:
Published: 1983
Subjects:
Description
Summary:Sebagai sebuah bandar yang sedang pesat membangun, Kuantan menghadapi masalah dalam menyediakan kawasan rekreasi bagi memenuhi keperluan fisiologi dan pembangunan mental penduduknya. Oleh itu kajian ini bertujuan menyediakan satu perancangan dan rekabentuk sebuah taman bandar bagi Kuantan. Dua pendekatan kajian iaitu teoritikal dan praktikal telah digunakan. Disamping itu, rujukan dan perbandingan terhadap kawasan rekreasi sediada juga dijalankan. kajian telah menunujukkan bahawa ujud ketidakberkesanan dalam penyediaan kawasan rekreasi semasa. Ini disebabkan oleh: (i) aktiviti/kemudahan yang disediakan adalah terhad dan tidak menarik. (ii) tiada penyelarasan dan penyesuaian aktiviti berasaskan peringkat gologan pengguna. (iii) aktiviti/kemudahan tidak dikaitkan dengan ciri-ciri penggunaan yang khusus. (iv) susunatur aktiviti/kemudahan tidak berpandukan pada kaedah tertentu. (v) potensi elemen landskap semulajadi tidak digunakan sepenuhnya. (vi) aktiviti/kemudahan rekreasi disediakan secara adhoc. (vii) kriteria dan prinsip rekabentuk taman rekreasi tiada dipertimbangkan. (viii) pengurusan dan penyelenggaraan taman semasa tidak berkesan. tindakan terhadap masalah ini ialah: (i) mempelbagaikan aktiviti berasaskan elemen lanndskap semulajadi dan buatan manusia selari dengan permintaan pengguna (ii) menyeimbangkan aktiviti rekreasi pasif dan aktif (iii) penggunaan kriteria dan prinsip rekabentuk dalam pembangunan (iv) pembangunan secara pelan induk disediakan. (v) mengujudkan sistem pengurusan dan penyelenggaraan taman yang berkesan. Berdasarkan tindakan-tindakan diatas, pembangunan secara jangkapanjang telah disediakan untuk memperolehi satu penyelesaian yang menyeluruh terhadap masalah-masalah tersebut. Ianya termasuklah peringkat pembangunan, anggaran kos dan agensi terlibat. Ini bertujuan mengujudkan satu koorsinasi dan penyeragaman terhadap penyediaan setiap aktiviti/kemudahan dalam taman bandar ini.