Summary: | Penyerapan merupakan proses penting di dalam menghasilkan bahan-bahan kimia di industri petrokimia dan merawat gas-gas sisa. Cecair pelarut akan menyerap komponen-komponen tertentu di dala gas suapan yang bergerak bertentangan arah. Walaupun terdapat berbagai jenis turus penyerapan tetapi turus terdapat digunakan secara meluas dan jenis padatan yang digunakan turut terdiri dari berbagai jenis, saiz dan bentuk. Kecekapan tiga jenis turus terpadat dibandingkan di dalam kajian ini. Didapati kecekapan padatan Intalox saddle 1/4 inci paling tinggi iaitu 26.2% diikuti oleh Raschig ring 6 mm, 22.9 % dan seterusnya Rasching ring 10 mm, 20.6 % selepas 20 minit diuji. Kecekapan pada tahap keseimbangan bagi ketiga-tiga turus adalah sekitar 26.5 %. Kecekapan turus adalah bergantung kepada luas permukaan dan rintangan setiap padatan sahaja kerana halaju, takat beban dan takat banjir telah ditetapkan. Secara keseluruhannya projek penyelidikan ini memberi sumbangan yang besar dalam usaha memilih jenis padatan yang sesuai digunakan bagi memperolehi hasil yang memuaskan dan proses yang berkecekapan tinni. Laporan ini turut memberikan cadangan pengubahsuaian plan turus penyerapan yang digunakan di dalam kajian.
|