Perbandingan kaedah analisis kimia ke atas konkrit keras : (klorida)

Serangan kimia merupakan satu aspek penting pada masa sekarang kerana ia boleh mengurangkan ketahanlasakan konkrit. Di antara serangan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada struktur konkrit ialah serangan klorida dan serangan asid. Analisis kandungan klorida perlu dilakukan untuk me...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 452354 Nor Ashikin Ismail
Format:
Published: 1992
Subjects:
Description
Summary:Serangan kimia merupakan satu aspek penting pada masa sekarang kerana ia boleh mengurangkan ketahanlasakan konkrit. Di antara serangan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada struktur konkrit ialah serangan klorida dan serangan asid. Analisis kandungan klorida perlu dilakukan untuk melihat sejauhmana serangan tersebut berlaku. Penentuan kandungan klorida dilakukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu Kaedah BS 1881 dan Kaedah Merkurik Nitrat. Hasil daripada ujikaji dianalisis dan dibandingkan untuk menentukan kejituan Kaedah Merkurik Nitrat. Ujikaji kekuatan mampatan konkrit juga telah dilakukan untuk melihat samada tindakan ion klorida memberi kesan ataupun tidak kepada kekuatan mampatan konkrit. Hasil daripada kajian makmal yang telah dilakukan didapati bahawa kandungan klorida semakin bertambah dari hari kehari dan juga terdapat perbezaan peratus kandungan klorida diantara Kaedah BS 1881 dan Kaedah Merkurik Nitrat tetapi perbezaannya adalah tidak ketara.