Ekonomi penggunaan sistem pasang siap /

Penggunaan sistem pasang siap dalam industri perumaan di Malaysia telah bermula sejak awal tahu 60an lagi. Penggunaannya adalah bertujuan untuk mengatasi masalah pertambahan permintaan terhadap perumahan dan beberapa masalah lain yang berkaitan seperti masalah kekurangan buruh mahir, kos buruh yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 186352 Noor Hisham Mat Elah
Format:
Language:may
Published: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1992
Subjects:
Description
Summary:Penggunaan sistem pasang siap dalam industri perumaan di Malaysia telah bermula sejak awal tahu 60an lagi. Penggunaannya adalah bertujuan untuk mengatasi masalah pertambahan permintaan terhadap perumahan dan beberapa masalah lain yang berkaitan seperti masalah kekurangan buruh mahir, kos buruh yang tinggi dan sebagainya. Di dalam banyak hal penggunaan sistem pasang siap ini melibatkan suatu pelaburan wang yang amat besar. Pelaburan yang besar dan tinggi ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap kos keluaran yang dihasilkan nanti. Untuk menghadapi masalah ini pihak pengurusan memainkan peranan yang penting di dalam mengatur strategi serta langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa perlaksanaan sistem pasang siap ini adalah ekonomi dan menguntungkan. Kajian ke atas keekonomian penggunaan sistem pasang ini adalah merupakan suatu kaedah ataupun penyelesaian terhadap masalah di atas. Untuk menilai keekonomian penggunaan sistem pasang siap ianya melibat pengiraan terhadap data-data berangka seperti kos projek, bilangan unit rumah dan kos jualan. Pengiraan akan dibuat untuk menilai tahap minima, bilangan unit rumah yang akan dibina, seterusnya melihat bagaimana pertambahan unit mempengaruhi tempoh masa pulangan balik modal dan kadar pulangan yang diperolehi. Nilaian tahap keekonomian penggunaan sistem pasang siap ini adalah penting untuk memberi gambaran yang jelas terhadap nilai ekonomi sesuatu projek dari segi bilangan unit yang akan dibina, tempoh masa pulangan balik modal dan kadar pulangan yang diperolehi. Kajian terhasil ini diharapkan akan dapat menilai tahap keekonomian sesuatu projek dan ianya dapat memberikan sesuatu nilai yang terbaik dalam bentuk wang dan masa bukan sahaja kepada pemaju tetapi juga kepada penggunaan.