Summary: | Perancagan lokasi merupakan tugas jururancang yang umum dimana penekanan semasa adalah kepada perumahan, industri kemudahan awam dan sebagainya. Namun perancangan lokasi bagi tapak pelupusan kurang dilakukan. Ini dapat dilihat dari masalah yang dihadapi iaitu kekurangan kaedah dalam memandu pemilihan tapak pelupusan yang bersistematik, kurang dilakukan. Ia dapat dilihat dari masalah yang dihadapi iaitu kekurangan kaedah dalam memandu pemilihan tapak pelupusan yang bersistematik, kurangnya kefahaman mengenai kepentingan tapak pelupusan dalam melupuskan sisa pepejal dan masalah tapak pelupusan semasa yang membawa pencemaran, konflik guna tanah dan sebagainya. Masalah ini dihadapi dikebanyakan bandar-bandar di Malaysia seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Baharu dan sebagainya. Masalah sebegini perlu diselesaikan dengan mengadakan satu perancangan lokasi tapak pelupusan yang menyeluruh. Oleh itu selaras dengan kajian ini Majlis Bandaraya Ipoh telah dipilih sebagai kawasan kajian. Matlamat kajian ini ialah mengenalpasti lokasi-lokasi tapak pelupusan penimbusan tanah sanitari yang baru untuk kegunaan masa depan yang dapat melindungi kawasan sekitar dari tercemar. Kajian telah dilakukan kepada 3 aspek utama iaitu kajian mengenai kaedah pelupusan sisa pepejal, kajian sisa pepejal dan juga kajian mengenai pemilihan tapak. Penimbusan tanah sanitari telah dipilih sebagai alternatif dalam kaedah pelupusan, merujuk kepada kemampuan kos dan teknologi. Terdapat 3 cara dalam kaedah pelupusan ini iaitu cara kawasan, cara cerun progresif dan cara perparitan. Dalam pemilihan tapak pelupusan, kriteria pemilihan dapat diringkaskan kepada 5 kriteria iaitu; faktor keluasan, jarak, hakmilik, kadar ketelapan dan topografi. Keprluan tapak pelupusan diperolehi melalui pengiraan Q=(PECK)/D. Terdapat seluas 162.78 hektar tanah diperlukan selama 5 tahun dengan kedalaman tanah sedalam 1 kaki. Manakala dengan penggunaan teknik Analisis Potensi Permukaan, kawasan kajian telah digridkan kepada 461 grid dimana 213 grid sahaja telah dinilai. Penilaian skor adalah berdasarkan formula y=(Wi X [K X (x-b)/ (a-b)]). Satu indeks potensi diperolehi melalui pengiraan tersebut dimana nilai tertinggi diperolehi ialah 68 dan nilai terendah ialah 19 sejumlah 42 grid yang berpotensi untuk pembangunan tapak pelupusan. Ia terletak sekitar kawasan Lahat, Menglembu, Pengkalan Pegoh, Kg Pinji, Sinpang Pulai, Jelapang, Kg Kepayang, Tambun, Bercham, Tanjung Rambutan dan Chemor. Bagi pembangunan tapak tersebut cadangan telah dikemukakan merangkumi peringkat perancangan tapak tersebut cadangan telah dikemukan merangkumi peringkat perancangan dan kawalan. Dalam peringkat perancangan pembangunan adalah dicadangkan di Menglembu. Disamping itu, Tapak diBercham hendaklah di tutup dan dibangunkan sebagai taman rekreasi. Penzonan kawasan yang berpotensi adalah diperlukan bagi memastikan tapak dapat dibangunkan dimasa hadapan. Dicadangkan penyediaan pelan pengurusan sisa pepejal bagi Majlis Bandaraya Ipoh agar tapak pelupusan dapat dimajukan mengikut keutamaan. Disamping itu juga penyediaan pelan tempatan yang melibatkan kawasan tapak berpotensi seperti di zon perancangan Menglembu dan Simpang Pulai hendaklah emngutamakan aspek pengurusan sisa pepejal. Diperingkat ini juga adalah dicadangkan pendekatan perkongsian tapak pelupusan di Pengkalan Pegoh bersama Majlis Daerah Kinta Barat. Bagi menangani masalah tapak pelupusan dimana hadapan penggunaan semula sisa pepejal serta penggunaan incinerator dicadangkan. Selaras dengan matlamat negara bersih dan indah menjelang 2020.
|