Penentuan jenis industri kecil yang bersesuaian bagi perletakan di lot perdagangan dan perumahan dalam kawasan bandar : kajian kes : kawasan Chain Ferry, Butterworth /

Industri lecil adalah merupakan salah satu sektor perindsutrian yang penting dalam pembangunan ekonomi negara. Kerajaan kini sedang memberikan tumpuan penuh dalam mengembangkan aktiviti industri kecil ini kerana kemempuannya dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada pekerja mahir dan kurang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 186561 Mohd. Azri Azuddin
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:Industri lecil adalah merupakan salah satu sektor perindsutrian yang penting dalam pembangunan ekonomi negara. Kerajaan kini sedang memberikan tumpuan penuh dalam mengembangkan aktiviti industri kecil ini kerana kemempuannya dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada pekerja mahir dan kurang mahir serta menjadi penyokong kepada industri-industri besar. Walau bagaimanapun, jika perancangan dan pembangunan industri kecil ini tidak dijalankan dengan teratur, ianya boleh menimbulkan berbagai masalah. Keadaan seperti ini telah berlaku di kawasan kajian dimana kewujudan aktiviti-aktiviti industri kecil di lot-lot perdagangan dan perumahan tanpa kawalan telah menyebabkan berbagai masalah terutamanya pencemaran dan kesesakan lalulintas. terdapat beberapa faktor yang telah menjadikan kawasan kajian sebagai pusat tumpuan aktiviti industri kecil bagi bandar Butterworth di mana ianya adalah merupakan faktor ekonomi seperti kemudahan pemasaran, berdekatan dengan estet perindustrian, tenaga buruh mudah dan murah serta mudah mendapatkan bahan mentah. Oleh itu bagimengseimbangkan antara keperluan terhadap ekonomi dan keperluan alam persekitaran, maka jenis-jenis aktiviti industri kecil yang sesuai untuk kawasan kajian perlulah dikenalpasti. Penentuan aktiviti industri kecil yang sesuai untuk kawasan kajian ini dilakukan dengan menggariskan kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh setiap jenis industri-industri yang dapat memenuhi keseluruhan kriteria tersebut akan dibenarkan beroperasi di kawasan kajian. Jenis-jenis industri yang terpilih ini adalah seperti industri pembungkusan, makanan, barangan kertas dan juga barangan kulit serta kasut. Walaupun begitu, aktiviti-aktiviti industri kecil tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan garispanduan oleh Jabatan Alam Sekitar. Di samping itu, Pihak Berkuasa Tempatan haruslah sentiasa mengawasi aktiviti-aktiviti industri kecil yang beroperasi di dalam lot-lot perdagangan dan perumahan.