Ke arah mengesan faktor-faktor kenaikan harga perumahan jenis teres/link di Wilayah Persekutuan, sebagai sebahagian daripada kajian untuk mengenal kriteria-kriteria rekabentuk perumahan teres di Malaysia/
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengesan faktor-faktor masalah yang menyebabkan ujudnya kenaikkan harga perumahan semasa. Pada amnya kajian akan cuba memahami bagaimana perjalanan faktor-faktor tersebut yang menyebabkan masalah kenaikan harga perumahan khasnya perumahan jenis teres ini ujud d...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Subjects: |
Summary: | Objektif utama kajian ini adalah untuk mengesan faktor-faktor masalah yang menyebabkan ujudnya kenaikkan harga perumahan semasa. Pada amnya kajian akan cuba memahami bagaimana perjalanan faktor-faktor tersebut yang menyebabkan masalah kenaikan harga perumahan khasnya perumahan jenis teres ini ujud dan berkekalan. Objektif kedua dan ketiga adalah untuk mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai faktor-faktor kenaikan harga ini dari pelbagai sektor yang terlibat dalam aktiviti perumahan. Kajian ini umumnya adalah berbentuk 'exploratory' iaitu untuk membolihkan pembaca dan pengkaji memahami dan melihat phenomena dengan pandangan baru. Teknik 'multiple confirmation' telah digunakan sebagai usaha untuk menentukan bahawa data yang digunakan tepat dan valid (sahih). Teknik-teknik kajian soalselidik, temuramah yang diarah dan tidak diarahkan telah digunakan. Sebahagian besar maklumat-maklumat kenaikkan harga ini diperolehi dari rujukkan akhbar, kertas kerja dan buku-buku. Data perolehan kajiselidik telah diproses oleh komputer bagi menentukan ketepatan keputusan kajian.Masalah utama yang dihadapi dalam mengendalikan kajian ini adalah kesuntukkan masa untuk mengendalikan kerja-kerja kajian khasnya sewaktu menjalankan kajian soalselidik. Pengkaji juga mengalami masalah dan memperolehi data-data resmi mengenai penduduk di Wilayah Persekutuan. Didalam pengumpulan maklumat-maklumat faktor-faktor kenaikkan harga ini pengkaji amnya dapat merumuskan bahawa faktor-faktor kenaikkan harga ini umumnya mempunyai pertalian yang rapat diantara satu sama lain. Sungguhpun masalah bureaucracy dan permintaan berkesan merupakan faktor utama yang menyebabkan masalah kenaikkan harga ini ujud dan terus berkekalan. Untuk mengesahkan 'phenomena' ini satu analisa terhadap kajian-kajian soalselidik yang berkaitan dan perbandingan data-data bekalan perumahan dan pendapatan penduduk di Wilayah Persekutuan telah dijalankan. Memandangkan masa yang terhad dan kekurangan maklumat-maklumat asas, kajian-kajian analisa ini lebih menekankan aspek permintaan berkesan sahaja. Secara amnya analisa-analisa ini telah memperlihatkan bagaimana peningkatan permintaan terhadap perumahan jenis teres/link ini ujud. |
---|