Kajian kemungkinan menubuhkan industri membuat komponen alat pencekam kereta /

Matlamat kerajaan Malaysia adalah untuk menjadikan negaranya sebagai sebuah negara perindustrian. Rancangan kerajaan seperti Pelan Induk Perindustrian yang telah diadakan bagi mencapai matlamat tersebut adalah suatu langkah yang tepat dan bersesuaian. Dalam memenuhi matlamat ini, berbagai usaha tela...

Ամբողջական նկարագրություն

Մատենագիտական մանրամասներ
Հիմնական հեղինակ: 333424 Saleh Mohamed Ali
Ձևաչափ:
Լեզու:may
Հրապարակվել է: 1991
Խորագրեր:
Նկարագրություն
Ամփոփում:Matlamat kerajaan Malaysia adalah untuk menjadikan negaranya sebagai sebuah negara perindustrian. Rancangan kerajaan seperti Pelan Induk Perindustrian yang telah diadakan bagi mencapai matlamat tersebut adalah suatu langkah yang tepat dan bersesuaian. Dalam memenuhi matlamat ini, berbagai usaha telah dijalankan dan diantaranya adalah penumpuan terhadap epmbangunan industri berat dan penglibatan golongan bumiputra ke dalam bidang tersebut. Bagi menyahut seruan ini, maka satu kajian kemungkinan untuk menubuhkan sebuah industri barangan berasaskan kejuruteraan telah dibuat sebagai panduan kepada pengusaha kilang untuk membangunkan industri tersebut. Kajian yang dimaksudkan adalah kajian kemungkinan menubuhkan sebuah industri membuat alat pencekam kereta. Dalam kajian ini, akan dibincangkan aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan dalam usaha menubuhkan sebuah industri alat pencekam tersebut. Umumnya, kajian ini merangkumi analisis-analisis data yang diperlukan untuk melaksanakan projek yang dirancangkan. Analisis tersebut termasuklah analisis sosio-ekonomi dan pengurusan, analisis pemasaran, analisis proses pengeluaran dan teknikal serta analisis yang melibatkan sumber-sumber kewangan. Hasil kajian yang diperolehi ini boleh memberikan gambaran yang jelas tentang keadaan masa hadapan bagi industri yang ingin ditubuhkan.