Merekabentuk acuan dan penebuk untuk penarikan dalam /

Tesis ini merupakan satu rekabentuk acuan dan penebuk untuk proses penarikan dalam. Dalam merekabentuk acuan dan penebuk tersebut, penyelidikan dan kajian mendalam mengenainya terpaksa dilakukan. Seterusnya penganalisaan terhadap rekabentuk yang dihasilkan dilakukan bagi mencari kelemahan dan kekura...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 305990 Mohamad Noh Serul
Format:
Language:may
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Tesis ini merupakan satu rekabentuk acuan dan penebuk untuk proses penarikan dalam. Dalam merekabentuk acuan dan penebuk tersebut, penyelidikan dan kajian mendalam mengenainya terpaksa dilakukan. Seterusnya penganalisaan terhadap rekabentuk yang dihasilkan dilakukan bagi mencari kelemahan dan kekurangan dalam rekabentuk tersebut dan seterusnya dapat mencari pilihan yang sesuai bagi memperbaiki rekabentuk yang dihasilkan. Dari rekabentuk tersebut, satu prototaip mengenai acuan dan penebuk untuk penarikan dalam dibuat. Kemudian kajian-kajian mengenai kebolehbentukan dan kebolehkerjaan contoh kosong turut dilakukan. Kajian-kajian tersebut adalah melibatkan faktor-faktor yang mempengaruhi kerja penarikan dalam, misalnya kesan pelinciran, kelegaan antara acuan dan penebuk, halaju penebuk dan lain-lain lagi. Semoga keputusan dari kajian-kajian yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang merekabentuk acuan dan penebuk untuk penarikan dalam.