Loji penyejukan jenis resapan wap/

Projek ini mengandungi kajian yang dilakukan ke atas Turus Pemeringkat (Fractinator) yang mana ia merupakan salah satu dari komponen utama Loji Penyejukan Jenis Resapan Wap. Kajian yang dijalankan adalah keatas sistem penduaan amonia-air yang mana ia merupakan bendalirkerja loji yang dikaji. Untuk m...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 211636 Mohd. Safiee Ab. Hamid
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Projek ini mengandungi kajian yang dilakukan ke atas Turus Pemeringkat (Fractinator) yang mana ia merupakan salah satu dari komponen utama Loji Penyejukan Jenis Resapan Wap. Kajian yang dijalankan adalah keatas sistem penduaan amonia-air yang mana ia merupakan bendalirkerja loji yang dikaji. Untuk memudahkan membuat pengiraan imbangan haba dan jisim, satu sistem penyelakuan berkomputer CHEMSHARE diperkenalkan. Chemshare merupakan salah satu sistem yang baik digunakan untuk melakukan imbangan ini. Chemshare ini juga digunakan untuk melihat kelakuan turus pemeringkat jika beberapa parameter seperti kadaralir, suhu dan tekanan suapan masukan diubah. Daripada kajian yang telah dijalankan iaitu lebih menumpukan kepada aturcara penyelakuan Chemshare, beberapa parameter yang telah diubah amat mempengaruhi kelakuan turus pemeringkat. Pecahan ammonia yang tinggi dalam suapan akan meninggikan tenaga yang perlu dibekalkan untuk memisahkannya dari larutan suapan. Oleh itu untuk menjimatkan tenaga maka suapan yang masuk perlu dipanaskan terlebih dahulu iaitu menggunakan penukar haba. Diharap melalui kajian ini, ia boleh dijadikan panduan asas untuk merekabentuk turus pemeringkat. Aturcara yang telah dijalankan adalah sebahagian daripada aturcara untuk keseluruhan logi, di mana aturcara yang seterusnya perlu dibuat bagi tujuan rekabentuk keseluruhan loji.