Kajian pemasangan dan pengaruhnya pada prestasi kipas siling (installation and performance of ceiling fan)/

Kajian keatas pengaruh pemasangan pada prestasi kipas siling adalah merupakan kajian yang dibuat bagi tujuan mendapatkan satu sistem atau teknik pemasangan kipas siling yang lebih baik. Pemasangan kipas siling yang baik dapat meninggikan prestasi kipas siling, iaitu dengan memberi dan mengekalkan pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 211704 Rohani Rahmad
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Kajian keatas pengaruh pemasangan pada prestasi kipas siling adalah merupakan kajian yang dibuat bagi tujuan mendapatkan satu sistem atau teknik pemasangan kipas siling yang lebih baik. Pemasangan kipas siling yang baik dapat meninggikan prestasi kipas siling, iaitu dengan memberi dan mengekalkan pengudaraan pada suatu ruang. Kajian pada bahagian pertama ini akan mengenengahkan bagaimana pemasangan kipas siling dilakukan didalam bangunan seperti masjid dan rumah kediaman juga melihat bagaimana ujian prestasi kipas siling dilakukan oleh pihak SIRIM. Kajian pada bahagian kedua pula akan melibatkan :- 1) Bagaimana mendapatkan ruang pengudaraan kipas siling yang berkesan dengan cara mencari jarak sebenar kipas dari siling dan juga jarak sebenar kipas dari lantai. 2) Bagaimana mendapatkan bilangan kipas yang diperlukan untuk satu ruang bagi menjamin pengudaraan kipas siling yang berkesan. Kajian pada bahagian kedua ini dilakukan dengan menjalankan ujian prestasi udara bagi kipas siling dimakmal dengan berpandukan peraturan dan peralatan menurut Malaysian Standard MS 4.4:1972 dimuka surat 18, 14.11 : Measurement of Fan Speed. Sila lihat lampiran piawai 1.