Kelakuan dan kekuatan rasuk kayu : ujian hingga gagal/

Kayu merupakan salah satu bahan binaan yang banyak digunakan dalam pembinaan struktur. Untuk mengetahui kelakunan rasuk kayu apabila dikenakan beban, maka ujian sehingga gagal rasuk kayu dilakukan. Matlamat projek tahun akhir ini adalah untuk mendapatkan kelakunan kayu dalam lenturan.Dua spesis kayu...

Ful tanımlama

Detaylı Bibliyografya
Yazar: 213711 Gan, Chin Siong
Materyal Türü:
Baskı/Yayın Bilgisi: 1992
Konular:
Diğer Bilgiler
Özet:Kayu merupakan salah satu bahan binaan yang banyak digunakan dalam pembinaan struktur. Untuk mengetahui kelakunan rasuk kayu apabila dikenakan beban, maka ujian sehingga gagal rasuk kayu dilakukan. Matlamat projek tahun akhir ini adalah untuk mendapatkan kelakunan kayu dalam lenturan.Dua spesis kayu telah diuji iaitu kayu Keruing dan Kayu Meranti Merah. Pada masa kini, kaedah merekabentuk dan pengiraan kekuatan lenturan bagi rasuk kayu adalah lebih berdasarkan kepada teori anjal, iaitu menggunakan kaedah tegasan kerja dimana ia tidak merangkumi perkadaran had muktanmad. Oleh itu, ia tidak menunjukkan kelakunan sebenar rasuk kayu terutamanya ketika gagal. Rasuk yang diuji merupakan rasuk saiz penuh di mana ia disokong mudah pada kedua-dua hujungnya. Beban dikenakan pada dua titik di atas rasuk. Pesongan pada tengah rentang diukur dengan tolok anjakan elektronik. Beban yang dikenakan ke atas rasuk diukur dengan menggunakan sel beban. Rasuk dibebankan sehingga gagal. Kekuatan sebenar rasuk dapat dikira dengan mengambilkira beban pada had anjal serta beban muktamad yang dapat ditanggung oleh rasuk. Beban yang dapat ditanggung oleh rasuk dalam had anjal dan had muktamad dapat diketahui dari graf beban melawan pesongan. Modulus keanjalan untuk rasuk dapat dikira daripada data yang diperolehi.