Kajian ciri-ciri hiraki bandar diMalaysia/

Pembangunan Wilayah yang tidak seimbang merupakan masalah yang telah lama dihadapi sejak kemerdekaan. Selepas merdeka, kegagalan untuk mewujudkan satu garis panduan yang bersesuai untuk seluruh Malaysia menyebabkan masalah ini bertambah serius. Kajian ini cuba membentuk satu model yang menyediakan k...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 218481 Tan, Ai Hoon
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Pembangunan Wilayah yang tidak seimbang merupakan masalah yang telah lama dihadapi sejak kemerdekaan. Selepas merdeka, kegagalan untuk mewujudkan satu garis panduan yang bersesuai untuk seluruh Malaysia menyebabkan masalah ini bertambah serius. Kajian ini cuba membentuk satu model yang menyediakan kriteria-kriteria keperluan umum untuk semua pertempatan di Malaysia dalam hiraki menurun. Pembentukan model ini adalah hasil gabungan teori-teori barat dan amalan di Malaysia. Ini adalah kerana teori-teori barat mempunyai fakta atau konsep yang benar dan boleh diterapkan kedalam pembangunan hari ini. Walau bagaimanapun, disebabkan perbezaan cara hidup, kebudayaan, aktiviti ekonomi dan lain-lain faktor, maka teori-teori barat terpaksa diubahsuaikan agar ia bersesuaian untuk diamalkan di Malaysia. kajian ini tidak melibatkan pengumpulan data prima. Penganalisaan cuma dilakukan melalui sumber-sumber data sekunder seperti dalam buku-buku rujukan, Laporan-laporan KEJORA, KETENGAH dan Lain-lain teknik yang berkenaan dalam menentukan hiraki bandar. Proses kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu kajian latarbelakang, kajian teoritis dan rumusan kajian. Dalam kajian latarbelakang dan kajian teoritis, literatur lebih diutamakan di mana permahaman daripada Buku-buku rujukan akan dijadikan asas dalam pembentukan model pusat pertempatan. Ciri-ciri keperluan yang berbeza antara setiap wilayah di Malaysia akan dianalisa dalam bab 2 sementara model pusat pertempatan Malaysia akan dirumuskan dalam bab 3. Hasil penganalisaan data-data tersebutkan dijadikan panduan sebagai pembangunan di mana ciri-ciri yang baik dari teori-teori barat dan amalan di Malaysia akan diterap dan diubahsuaikan.