Summary: | Matlamat kajian ini adalah untuk menunjukkan ketidaksesuaian agihan masa single period digunakan bagi setiap sesi P&P mata pelajaran Perdagangan berdasarkan pandangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini. Manakala objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauhmanakah kesesuaian penggunaan single period dalam proses P&P mata pelajaran Perdagangan, mengenalpasti sejauhmanakah keupayaan guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar dalam single period, mengenalpasti sejauhmanakah pengajaran guru dalam satu masa sesi P&P mata pelajaran Perdagangan dapat menarik minat pelajar, mengenalpasti sejauhmanakah agihan single period dalam sesi P&P mata pelajaran Perdagangan dapat memberi kesan positif kepada tingkahlaku pelajar serta menentukan adakah terdapat perbezaan yang signifikan pandangan kesesuaian penggunaan single period di dalam proses P&P mata pelajaran Perdagangan di antara guru lelaki dan guru wanita. Data analisis diperolehi melalui soal selidik yang melibatkan 22 orang guru Perdagangan dan 13 orang Ketua Bidang Teknik dan Vokasional. Kajian ini dilakukan di 13 buah sekolah dalam daerah Kota Tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penerimaan responden adalah pada tahap sederhana terhadap kesesuaian penggunaan single period dalam proses P&P mata pelajaran Perdagangan dengan min 3.28, pengajaran guru dalam satu masa sesi P&P mata pelajaran Perdagangan dapat menarik minat pelajar dengan min 2.36 dan agihan single period dalam sesi P&P mata pelajaran Perdagangan dapat memberi kesan positif kepada tingkahlaku pelajar dengan min 2.81. Manakala tahap penerimaan responden adalah rendah bagi keupayaan guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar dalam single period dengan min 2.27 . Cadangan sebagai panduan organisasi kajian serta kajian akan datang, para pelajar perlu banyak menggunakan sumber lain seperti internet, majalah tentang perdagangan dan sebagainya sebagai rujukan dan guru-guru perlu mencari jalan penyelesaian dengan mengadakan sesi pembelajaran yang lebih menarik. Selain itu, kajian serupa boleh dijalankan dengan membandingkan kesesuaian agihan single period bagi matapelajaran lain.
|