Roti canai salad taco /

Rasa bahagia itu sangat subjektif. Bagi aku mudah saja. Kalau aku tak susah hati, itu bermakna aku bahagia [page 862] Bahagia. Aku bahagia kerana ceritanya tak buat aku susah hati. Puas. Aku puas bila mana ceritanya melebihi jangkaan peribadiku. Dan tak salah rasanya aku lihat novel ini antara yang...

Ամբողջական նկարագրություն

Մատենագիտական մանրամասներ
Հիմնական հեղինակ: Norhayati Berahim, 1966- 434073
Ձևաչափ: text
Լեզու:may
Հրապարակվել է: Selangor : NB Kara, 2012
Խորագրեր:
Նկարագրություն
Ամփոփում:Rasa bahagia itu sangat subjektif. Bagi aku mudah saja. Kalau aku tak susah hati, itu bermakna aku bahagia [page 862] Bahagia. Aku bahagia kerana ceritanya tak buat aku susah hati. Puas. Aku puas bila mana ceritanya melebihi jangkaan peribadiku. Dan tak salah rasanya aku lihat novel ini antara yang terbaik hasil karya NB, dan selepas ini aku akan letakkan RCST sebagai penanda arasnya ;D RCST bukan kisah cinta si uda dara. Ia bukan kisah kahwin paksa, bukan juga kisah perkahwinan aturan keluarga. Tidak. NB mengupas perjalanan hidup seorang Raniah; gadis yang membesar di kawasan setinggan yang mandiri dan seterusnya menjadi seorang wartawan berjaya. Secara halusnya, penulis mahu menunjukkan cara hidup mereka yang bergelar wartawan. Kerja mereka, etika mereka dan apa saja yang berlaku dalam perjalanan hidup mereka sebenarnya sama saja dengan kita. Cuma mungkin mereka lebih expose kepada apa yang berlaku dalam dunia. Ya, mereka merupakan gateway. Orang penting dalam menghubungkan kita dengan yang lain. Raniah; peribadinya mungkin sama saja dengan heroin novel sebelumnya. Gadis kental yang tak mudah mengalah. Seorang anak yang tak punya banyak masalah dan karenah. Pendek kata, Raniah umpama heroin ideal cuma ya, dia masih belum berkahwin. Rakan lelakinya; Daim hanya dianggap sebagai seorang kawan rapat sementelah dirinya merupakan anak tunggal pada Makcik Delima.