Perkembangan Bandar Kulai satu cadangan merujuk khas strategi wilayah Johor selatan /
Bandar Kulai kini menghadapi masalah yang nyata dari segi fizikal. Masalah utamanya merupakan kesesakan dan kekacauan gunatanah. Issue ini timbul disebabkan oleh perkembangan bandar ini yang pesat dan tidak terkawal. Keadaan ini menjadi lebih buruk lagi apabila pembangunan fizikalnya hanya giat d...
主要作者: | |
---|---|
格式: | |
出版: |
Skudai, Johor : UTM,
1980
|
主题: |
总结: | Bandar Kulai kini menghadapi masalah yang nyata dari segi fizikal. Masalah utamanya merupakan kesesakan dan kekacauan gunatanah. Issue ini timbul disebabkan oleh perkembangan bandar ini yang pesat dan tidak terkawal. Keadaan ini menjadi lebih buruk lagi apabila pembangunan fizikalnya hanya giat di sepanjang jalan raya utama ataupun dipanggil bentuk pembangunan 'ribbon'. Sementara itu dari segi sosial, bandar Kulai menghadapi masalah jurang perbezaan antara kaum akibat dari sejarah awal pembentukannya. Bandar ini pula diberikan perhatian utama didalam pembentukan strategi Wilayah Johor Selatan. Strategi Wilayah telah mencadangkan supaya Kulai membangun sebagai sebuah 'growth centre' yang berbentuk 'linear' di dalam Metropolitan Johore Bharu. Fungsinya pula yang utama merupakan sebagai pusat perkhidmatan kepada kawasan pendalaman wilayah. Hasil dari kajian sosio-ekonomi dan fizikal menunjukkan bandar ini akan berkembang apabila potensi yang sedia ada diketengahkan. Hal ini boleh terjadi dengan tersedianya kini peluang pekerjaan yang luas di masa hadapan, sementara keadaan topografinya tidak menghalang pembangunan. Jalan Perhubungan yang telah 'established' disini sudah tentu menyokong perkembangannya juga. Trend dan arah perkembangan bandar ini ditentukan supaya selari dengan strategi wilayah. Disamping itu cadangan letakan gunatanah bandar dikemukakan. Cadangan ini menekankan pengaturan semula komponen-komponen gunatanah yang tidak teratur secara fizikal. Selain daripada itu, seberapa yang boleh cadangan juga diorientasikan supaya memenuhi kehendak sosial. Rajah-rajah konsepsual setiap komponen gunatanah disediakan di dalam cadangan sebagai panduan bagi pembangunan fizikal bandar ini. |
---|