Pembangunan pusat pelancungan di Pulau Besar - Melaka /

Pertambahan bilangan pelancung-pelancung dalam negara iaitu dari 725,883 orang dalam tahun 1972 menjadi 1,288,995 orang dalam tahun 1975 dapat membuktikan adanya perkembangan pesat dibidang perusahaan tersebut. Penganalisaan dari data-data yang dikumpulkan telah dapat menunjukkan bahawa bidang pela...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 440093 Raja Hawa Raja Norshah
Format:
Published: Skudai, Johor : UTM, 1979
Subjects:
Description
Summary:Pertambahan bilangan pelancung-pelancung dalam negara iaitu dari 725,883 orang dalam tahun 1972 menjadi 1,288,995 orang dalam tahun 1975 dapat membuktikan adanya perkembangan pesat dibidang perusahaan tersebut. Penganalisaan dari data-data yang dikumpulkan telah dapat menunjukkan bahawa bidang pelancungan adalah merupakan satu sumber ekonomi negara yang makin meningkat. Juga terdapatnya kawasan-kawasan dalam negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancungan dan rekreasi yang tidak dapat perhatian dari pengusaha-pengusaha. Satu pendekatan perancangan yang sistematik telah digunakan dan salah satu langkah bagi memajukan bidang pelancungan ialah dengan membangunkan kawasan Pulau Besar sebagai satu pusat pelancungan yang akan dapat memberi sumbangan kepada ekonomi negeri Melaka secara khususnya dan ekonomi negara secara amnya. Seterusnya kajian-kajian potensi tapak dan pembentukan konsep-konsep perancangan dan rekabentuk telah dapat menghasilkan pelan tata-atur yang benar-benar dapat menampung para pelancungan yang datang dan menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi dan pelancungan yang meluas mengikut kehendak para pelancung ini. Perancangan fizikalnya pula adalah menegaskan kepada aspek pengekalan alam sekitar bersesuaian dengan keadaan "rural setting".