Catatan Dari Syurga /

Kisah benar seorang wanita, ibu tunggal yang membesarkan enam orang anaknya dengan kudrat sendiri. Paling sedih, ibu ini seorang yang cacat, dilahirkan serba tidak sempurna, tangan dan kaki yang kudung. Perit jerihnya membesarkan anak-anak membuatkan hati saya berkata, hebat sungguh wanita ini. Berk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rohani Deraman, author 535499, Siti Rohayah Attan, 1968-, editor 330578
Format:
Language:may
Published: Selangor, MY. : CTRA production, 2007
Subjects:
Description
Summary:Kisah benar seorang wanita, ibu tunggal yang membesarkan enam orang anaknya dengan kudrat sendiri. Paling sedih, ibu ini seorang yang cacat, dilahirkan serba tidak sempurna, tangan dan kaki yang kudung. Perit jerihnya membesarkan anak-anak membuatkan hati saya berkata, hebat sungguh wanita ini. Berkat kesabarannya, anak-anaknya berjaya juga dalam hidup. Tidak kenal putus asa dan pantang menyerah. Liku hidup yang dilalui dengan tulang empat keratnya mampu membesarkan anak-anak dengan sempurna. Budinya luhur, tidak pernah meminta-minta, walaupun cacat anggota. Pandai mengaji, menjahit dan memasak. Satu kelebihan anugerah ILAHI kepada hamba sepertinya. Itulah dia, Puan Aminah Tahir yang berasal dari Kampung Berata, Segamat Johor. Hidup dibenci ibu sendiri lantaran kecacatan diri. Tidak pernah menyalahkan kedua orang tuanya, malah tetap menyayangi mereka. Tidak berdendam kepada mereka yang telah menganiayanya sehingga hancur rumah tangganya. Kepada ALLAH dia berserah, hanya meminta dirinya diberi kekuatan bagi meneruskan hidup untuk membesarkan anak-anak.