Penilaian perlaksanaan pengelompokan kampung ke arah penerapan dasar halacara baru luar bandar : kajian kes: kampong tersusun Parit Seraya, Pontian, Johor /

Perancangan pembangunan kawasan luar bandar menjadi tumpuan utama bagi negara-negara sedang membangun termasuk Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan kerajan telah memperkenalkan pelbagaii strategi dan pendekatan pembangunan luar bandar. Pendekatan terkini ialah Dasar Halacara Baru Luar Bandar bag...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 175866 Jefri Kasman
Format:
Published: Skudai : UTM, 1990
Subjects:
Description
Summary:Perancangan pembangunan kawasan luar bandar menjadi tumpuan utama bagi negara-negara sedang membangun termasuk Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan kerajan telah memperkenalkan pelbagaii strategi dan pendekatan pembangunan luar bandar. Pendekatan terkini ialah Dasar Halacara Baru Luar Bandar bagi tujuan membandarkan kawasan luar bandar melalui pengwujudan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) sepertimana yang telah dilakukan di beberapa buah negara luar. Dasar ini menekankan (i) Penyusunan dan Pengelompokkan Kampung; (ii) Penyatuan Tanah Membentuk Ladang dan (iii) Menggalakkan Pelbagai Aktiviti Ekonomi. Untuk tujuan ini pendekatan model PPD telah diperkenalkan oleh JPBD dan usaha-usaha awal penterjemahan model ini dilakukan di Kampung Parit Seraya, Pontian Johor. Daripada analisis yang dijalankan didapati pembangunan kampung tersebut sebagai PPD telah berjaya mencapai kehendak dasar tersebut walaupun terdapat beberapa perbezaan penterjemahan model PPD dengan konsep JPBD iaitu (i) mengekalkan kampung-kampung sedia ada; (ii) kemudahan sedia ada dikekalkan dan konsep menikmati kemudahan secara bersama dan (iii) perumahan disediakan kepada penduduk yang benar-benar memerlukan. Kejayaan juga didorong oleh keadaan fizikal kampung dan ikatan sosial penduduk yang kuat. Pengenalan kegiatan pertanian berkelompok dan aktiviti ekonomi sampingan telah menambahkan peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan penduduk berbanding sebelum perlaksanaan projek. Untuk pembangunan PPD dimasa hadapan model PPD di kawasan kajian sesuai diterapkan di kawasan luar bandar yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan mengikut kesesuaian tempatan. Proses perlaksanaan PPD melibatkan (i) Peringkat Bimbingan (Projek Ekonomi); (ii) Peringkat Pembangunan Fizikal Kampung dan (iii) Pembangunan Ekonomi Bandar. Untuk memajukan lagi pencapaian PPD Parit Seraya kemudahan fizikal perlu dipertingkatkan dan organisasi pengurusan projek diperkemaskan lagi.