Summary: | 101 cerita pendek yang berkesan di hati. Kita akan tersenyum, ketawa, dan menangis membacanya. Kita terinspirasi dan hidup semakin bahagia. Hidup Semakin Ceria. 101 cerita yang menggugah emosi, merangsang semangat, dan menceriakan hidup ini dihimpun daripada pelbagai individu berlainan. Setiap cerita ada keistimewaan yang tersendiri. 101 cerita ini berbeza tetapi ada tujuan yang sama, iaitu menceriakan hidup kita. Berkongsi Kebahagiaan. Ramai orang berkongsi penderitaan yang sama. Walaupun begitu, cara setiap orang menghadapinya adalah berbeza. Mereka berkongsi kebahagiaan mereka selepas mengalami kesusahan hidup. Satu daripada cerita ini mungkin betul-betul sedang ataupun pernah dialami oleh kita. Hati Semakin Tenang. Ketenangan adalah sumber kebahagiaan. Ketenangan hati datang apabila kita percaya setiap kesusahan hidup akan berakhir dengan kegembiraan. Kita percaya dan kita berjaya. Cerita di dalam buku ini memberi inspirasi bagi kita meneruskan hidup dengan lebih bersemangat.
|